suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jo Jung Suk teruja nak sambut anak pertama, mahu berehat dari dunia seni buat sementara waktu

Jo Jung Suk dan Gummy bakal timang anak pertama pada Jun depan.

PELAKON Jo Jung Suk mendedahkan dia bakal menjadi seorang bapa pada Jun apabila isterinya penyanyi dan pelakon Gummy kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Memetik laporan Allkpop, Jo Jung Suk memberitahu dia mahu mengambil masa berehat daripada aktiviti seni untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya.

"Saya mahu berehat sebentar. Saya akan menjadi seorang bapa secara realiti selepas menjadi bapa hanya dalam drama. Saya rasa anak kami akan lahir pada Jun depan.

Jo Jung Suk dan Gummy mendirikan rumah tangga pada 2018 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jo Jung Suk, Gummy,

Artikel Lain