suria

Jennie Blackpink kongsi 59 swafoto dalam masa 15 minit tarik perhatian peminat

Jennie muat naik sebanyak 59 swafoto dalam masa 15 minut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sehingga menjadi trending.

GARA-GARA memuat naik 59 swafoto dalam masa 15 minit di Instagram, nama ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie Kim menjadi trending di Twitter.

Menerusi laporan Allkpop, peminat mula memperkatakan mengenai foto-foto tersebut dan ada segelintir mereka memuji setiap penampilan dan kecantikan Jennie.

"Kenapa, kenapa awak ini sangat cantik!



Antara 59 swafoto yang dimuat naik Jennie di Instagram.

"Jennie boleh menggayakan apa-apa saja stail dan saya tidak mampu untuk menipu.

"Jennie awak seorang wanita sempurna, anda cantik dan berbakat," komen beberapa peminat.

Boleh dikatakan setiap perkongsian Jennie mendapat lebih 4 juta tanda suka (like) dan paling tinggi 40,000 komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jennie, Blackpink,

Artikel Lain