suria

Perbicaraan kes dadah penyanyi 'Bobo Dimana' Lucinta Luna dijangka sebelum Aidilfitri

Lucinta Luna akan didakwa kerana penyalahgunaan dadah. Foto: Liputan6

KES penyalahgunaan dadah membabitkan penyanyi Dangdut, Lucinta Luna dijangka akan dibicarakan di mahkamah sebelum Aidilfitri ini.

Menurut laporan Liputan6, pihak pendakwa raya negeri Jakarta Barat memaklumkan kertas siasatan kes sudah lengkap dan akan diserahkan kepada mahkamah.

Wakil pendakwa raya, Kasie Intel berkata kes berkenaan akan dibicarakan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan

"Kami diberikan masa paling lama 14 hari untuk menyiapkan hal pengurusan dan kertas pendakwaan akan diserahkan kepada mahkamah.

"Kebiasaannya dari proses perwakilan sehingga menetapkan tarikh dalam masa tujuh hari sebelum perbicaraan.

"Iya jadi kemungkinan (sebelum hari raya) kerana jika dikira paling lama dua minggu lagi setelah perwakilan selesai," katanya.

Pada 12 Februari lalu, Lucinta Luna ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Lucinta popular dengan lagu berjudul ‘Bobo Dimana’ dan pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di kediamannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lucinta Luna

Artikel Lain