suria

Hyerim (Wonder Girls) bakal berkahwin dengan ahli sukan taekwondo Julai depan

Hyerim dan teman lelaki mula bercinta sejak 2013.

ANGGOTA kumpulan Wonder Girls iaitu Hyerim dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya yang juga ahli sukan taekwondo Shin Min Chul pada Julai depan.

Menerusi laporan Soompi, agensi rrr Entertainment berkata pasangan yang sudah menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun itu sedang membuat persiapan untuk majlis berbahagia mereka.

"Berita mengenai pasangan itu ada mempunyai perancangan untuk berkahwin pada Julai memang benar. Mereka kini masih dalam perbincangan untuk persiapan majlis perkahwinan," kata wakil agensi.

Hyerim akan menjadi ahli kedua dalam kumpulan itu berkahwin selepas rakan mereka iaitu Sunye yang telah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan kini ibu kepada tiga orang anak.

Pada awal tahun ini, Hyerim mendedahkan dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan Shin Min Chul sejak 2013.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hyerim, Wonder Girls, Sunye,

Artikel Lain