suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Bollywood Irrfan Khan meninggal dunia pada usia 54 tahun

Irrfan Khan meninggal dunia akibat kanser.

PELAKON Bollywood Irrfan Khan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai, India, pada Rabu akibat kanser.

Pelakon filem Maqbool yang berusia 54 tahun itu didiagnosis menghidap tumor neuroendokrin pada tahun 2018.

Beliau dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas terdapat jangkitan kuman pada usus.

"Hari ini kita kehilangan bahawa Irrfan sudah meninggal dunia. Dia mempunyai jiwa yang kuat, seseorang yang berjuang hingga akhir dan selalu memberi inspirasi kepada orang lain.

"Selepas peristiwa disambar petir pada 2018, dia bertarung pula dengan kanser. Dia bertarung dengan banyak kesakitan.

"Kita berdoa dan berharap dia tenang," ujar satu kenyataan wakil keluarga.

Irrfan juga baru kehilangan ibunya empat hari lalu.

SUMBER: Tribune India

Artikel Lain