suria

Seram! Pintu terbuka sendiri, bunyi tapak kaki, Raffi Ahmad terkena gangguan mistik di bilik tidur

Raffi Ahmad terkena gangguan mistik di salah sebuah bilik tidur di rumahnya.

PENYANYI, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan sering terkena gangguan mistik di salah sebuah bilik tidur di rumahnya.

Bercerita lanjut, Raffi berkata, dia pernah berdepan kejadian aneh apabila tidur di bilik tetamu yang jarang digunakannya.

"Di rumah saya ada sebuah bilik khusus untuk tetamu yang datang dan akan menginap di rumah saya.

"Tetapi bilik tidur itu seperti ada penghuninya," katanya.

Menceritakan peristiwa yang dialaminya, Raffi berkata, dia sering mendengar bunyi-bunyi pelik seperti tapak kaki dan kejadian pintu terbuka dengan sendiri.

Raffi menunjukkan kepada wartawan bilik tidur dia dan isteri.

"Saya serius, ia benar-benar terjadi. Subuh itu saya baharu balik kerja kebetulan saya bergaduh dengan Nagita (isteri) jadi malas untuk tidur di bilik kami.

"Ketika itu pukul empat pagi dan sewaktu saya tidur, saya terdengar seperti ada orang yang membuka pintu bilik itu. Kemudian ada bunyi tapak kaki menuju ke arah saya dan saya hanya tutup mata.

"Saya yakin ia benar-benar terjadi dan ia bukan mimpi," katanya. - Kapanlagi.com

Raffi Ahmad, hantu

Artikel Lain