suria

Kim Kardashian dibayar RM2 juta untuk setiap posting di Instagram

Kim Kardashian bersamanya suaminya, Kanye West

BINTANG realiti TV Kim Kardashian mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia mampu menjana sehingga RM2 juta untuk bayaran satu posting sebarang produk di laman Instagramnya.

Kim atau nama sebenarnya Kimberly Noel Kardashian, 39, mendedahkan perkara itu melalui dokumen terhadap sebuah jenama pakaian terkenal Amerika Syarikat.

Perbandingan pakaian Kim yang didakwa ditiru jenama tersebut.

Isteri kepada penyanyi rap terkenal Kanye West sebelum memfailkan saman terhadap jenama pakaian Missguided USA kerana menggunakan wajahnya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi.

Kim juga telah mengemukakan saman berjumlah hampir RM20 juta terhadap syarikat berkenaan.

Lebih membuat Kim berang, syarikat pakaian tersebut sebenarnya menjual pakaian yang ditiru hampir 100 peratus daripada pakaian yang pernah dikenakannya.

kim kardashian

Artikel Lain