suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat puji Aamir Khan tak malu naik pesawat kelas ekonomi

Aamir Khan menggunakan pesawat kelas ekonomi. Foto Instagram @iaamirkhanx

GARA-GARA menaiki pesawat dengan kelas ekonomi, aktor popular Bollywood Aamir Khan menerima pujian netizen.

Menerusi muat naik di akaun Instagram seorang peminat, Aamir kelihatan keluar daripada pesawat bersama penumpang lain.

Video amatur itu dirakam peminat yang turut menjadi penumpang di kelas ekonomi penerbangan tersebut, bagaimanapun, individu itu tidak menyatakan destinasi yang dituju.

Dalam pada itu, ada juga peminat lain yang turut merakamkan video Aamir sedang melayan dan menyapa peminat yang menegurnya sepanjang perjalanan keluar daripada pesawat.

Rata-rata pengikut memuji sikap merendah diri yang ditunjukkan pelakon filem PK ini.

Tambahan pula ramai mengetahui aktor berusia 54 tahun ini merupakan antara individu terkaya di negara India.

SUMBER: Hindustan Time

Aamir Khan

Artikel Lain