suria

Justin Bieber ikuti Lisa Blackpink di laman sosial

KEHADIRAN kumpulan Blackpink melangkah ke dunia Hollywood nampaknya mendapat perhatian dan diterima ramai.

Kumpulan yang mempunyai aura tersendiri itu mula diterima penyanyi-penyanyi popular barat seperti Dua Lipa, Jaden Smith dan Khalid.

Bintang-bintang ternama itu mula berkawan dengan ahli Blackpink selepas mereka sama-sama membuat persembahan di festival muzik Coachella baru-baru ini.

Ahli-ahli kumpulan itu turut mengikuti pesta bersama kawan baik Justin Bieber iaitu Jaden Smith.

Malah pada parti tersebut, Justin turut bergambar dan memuat naik foto itu di laman sosialnya.

Walaupun pada awalnya tujuan foto itu hanya untuk mempromosikan jenama baharunya Drew, penyanyi itu turut mengikuti laman sosial salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Lisa.

SUMBER: ALLKPOP

Lisa Blackpink, Justin Bieber

Artikel Lain