suria

Majlis perkahwinan adik lelaki Priyanka Chopra terpaksa ditangguh

Majlis perkahwinan adik lelaki Priyanka terpaksa ditangguhkan atas sebab tidak dapat dielakkan.

MAJLIS perkahwinan adik lelaki pelakon Priyanka Chopra, Siddharth Chopra yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu lalu terpaksa ditangguh ke tarikh yang belum ditetapkan.

Menurut laporan timesofindia, ketika itu Priyanka sudah pun berada di Mumbai untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut ditangguh atas sebab bakal pengantin perempuan, Ishita Kumar terpaksa menjalani pembedahan dan perlu masih untuk sembuh.

"Ada beberapa gosip yang mengatakan perkahwinan itu telah dibatalkan namun perkara itu tidak benar.

"Ishita perlu masa untuk sembuh daripada pembedahan yang dilakukan baru-baru dan keluarga masih menjadi tarikh yang sesuai untuk majlis mereka," kata sumber.

Bagaimanapun, Ishita yang memuat naik foto berada di hospital tidak memberitahu punca sebenar dia menjalani pembedahan.

Priyanka Chopra, Nick Jonas

Artikel Lain