suria

Isteri pertahankan Justin Bieber selepas 'kantoi' tonton video Selena

Hailey meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengaitkan suaminya, Justin Bieber dan bakas kekasih, Selena Gomez.

MODEL terkenal yang juga isteri kepada Justin Bieber, Hailey Baldwin tampil mempertahankan suaminya dari terus dihentam peminat di laman sosial.

Hailey menerusi kenyataan di laman Twitter mengkritik perbuatan peminat menuduh suaminya, Justin membuat carian Google mengenai bekas kekasih, Selena Gomez.

"Saya berharap anda semua tidak menjadi terlalu kejam apabila menggunakan media sosial.

"Anda lakukan perkara yang sangat teruk kepada seseorang kemudian anda soalkan mengapa seseorang itu menjadi terlalu defensif?

"Saya harap anda faham perasaan saya," katanya.

Dalam pada itu, Hailey turut meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai suaminya dengan Selena.

Tweet dimuat naik Hailey itu mendapat perhatian ramai termasuk ibu mertuanya, Pattie Mallette yang turut memberi sokongan kepada pasangan muda itu.

Terdahulu, suami kepada model berusia 22 tahun ini memuat naik Insta story mengenai sebuah laporan akhbar antarabangsa yang tersilap ejaan namanya menerusi komputer peribadi miliknya.

Ia bagaimanapunapun bertukar insiden apabila Justin dikatakan terkantoi membuat carian Google mengenai Selena apabila senarai 'history' pada komputer peribadinya itu menunjukkan Justin pernah menonton persembahan Selena pada festival muzik Coachella, California bersama Ozuna, Cardi B dan DJ Snake baru-baru ini.

Perkara itu mencuri perhatian ramai sehingga ia menjadi tular dan pelbagai spekulasi ditimbulkan netizen.

Justin bagaimanapun menerusi satu kenyataan balas menjelaskan dia tiada keperluan berbuat demikian.

Justin memberitahu video berkenaan keluar selepas isterinya, Hailey menonton persembahannya di Coachella. - People.com

Artikel Lain