suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber 'kantoi' buat carian Google tentang Selena Gomez

Justin Bieber berang selepas dituduh membuat carian mengenai bekas kekasih, Selena Gomez.

PENYANYI Justin Bieber menempelak peminatnya di laman sosial selepas berang dikaitkan dengan bekas kekasihnya, iaitu Selena Gomez.

Menurut laporan canoe.com, Justin Bieber dikatakan terkantoi membuat carian Google mengenai Selena selepas senarai cariannya terpampang di Insta Story miliknya.

Perkara itu kemudiannya disedari salah seorang pengikut laman Instagramnya hingga membuatkan ia menjadi tular.

Terdahulu, penyanyi berusia 25 tahun itu memuat naik Insta story mengenai sebuah laporan akhbar antarabangsa yang tersilap ejaan nama menerusi komputer peribadi miliknya.

Bagaimanapun, Justin terkantoi membuat carian mengenai bekas kekasihnya itu apabila senarai 'history' pada komputer peribadi miliknya menunjukkan Justin pernah menonton persembahan Selena pada festival muzik Coachella, California bersama Ozuna, Cardi B dan DJ Snake baru-baru ini.

Justin menerusi satu kenyataan balas menjelaskan dia tiada keperluan untuk berbuat demikian sebaliknya video berkenaan keluar selepas isterinya Hailey ada menonton persembahannya di Coachella.

Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan sudah berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September tahun lalu.

Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi mengenai perkahwinan tersebut.

Insta story yang dimuat naik Justin Bieber pada Sabtu turut memaparkan hasil carian Google penyanyi itu.

Justin Bieber, Selena Gomez

Artikel Lain