suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yulhee (LABOUM) dedah terpaksa sorok 'baby bump' ketika buat persembahan di Jepun

Yulhee kongsi momen dia mengetahui dirinya sedang hamil.

ANGGOTA kumpulan LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan dia mengetahui dirinya sedang hamil sehari selepas berita pengesahan hubungan cintanya pada tahun lalu.

Menurut laporan Allkpop, Yulhee terpaksa sorok keadaan perutnya yang semakin membesar ketika mengadakan persembahan di Jepun tahun lalu.

"Saya dapat tahu yang saya hamil sehari selepas berita hubungan cinta saya keluar. Ketika itu saya tengah promosi dan ada persembahan di Jepun.

Minhwa dan Yulhee kongsi foto bayi mereka.

"Tapi saya tetap juga teruskan kerja yang sudah ditetapkan walaupun ketika itu belakang badan saya sakit.

"Masa itu pula perut semakin membesar tapi saya perlu pakai baju pentas juga," katanya.

Yulhee dan anggota kumpulan F.t Island, Minhwan berkahwin pada 4 Januari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jae-Yul pada 19 Oktober tahun lalu.

Yulhee, Minhwa

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia