suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis perkahwinan Idris Elba dan Sabrina Dhowre berlangsung selama tiga hari

Idris dan Sabrina melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup pada Jumaat lalu.

PELAKON Idris Elba dan tunangnya iaitu Sabrina Dhowre telah melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Vogue majlis sederhana yang bertemakan Colour of the Souk itu diadakan di Maghribi, Afrika selama tiga hari.

Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat itu, Idris menggayakan pakaian rekaan Ozwald Boateng dan Sabrina pula memilih gaun pengantin rekaan Vera Wang.

Kesemua maklumat mengenai majlis perkahwinan pasangan itu akan menjadi edisi istimewa dalam majalah itu pada bulan Julai depan.

Idris Elba, Sabrina Dhowre

Artikel Lain