suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malang nasib Lee Donghae (Suju), dompet hilang hari terakhir di Chilie

AHLI kumpulan Super Junior (Suju) Lee Donghae menerima nasib malang apabila dompetnya hilang dalam sebuah kenderaan e-hailing.

Kumpulan bawah naungan SM Entertainment itu mengadakan konsert selama dua hari di Chile pada hujung minggu lalu.

Dia mendapati dompetnya hilang selepas keluar daripada kenderaan ketika ingin berjalan-jalan menikmati keindahan bandar Santiago pada hari terakhir mereka di kota itu.

Lee Donghe mendedahkan perkara itu di laman Instagramnya jika ada yang menjumpai dan ingin memulangkan semula dompet tersebut.

"Hari terakhir di Chile, ketika menaiki Uber bersama Eunhyuk dan Siwon, dompet saya tertinggal di kenderaan.

"Saya cuba mendapatkannya semula tapi saya fikir ia sudah hilang. Bagaimanapun, saya bersyukur sekurang-kurangnya saya dapat memori yang terbaik bersama anda. Jika anda menemuinya pulangkan bila saya datang kembali ke sini," ujarnya.

Lee Donghae

Artikel Lain