suria

John Cena tawar diri jadi pengawal peribadi BTS

John Cena tawarkan diri untuk menjadi pengawal peribadi kumpulan BTS.

BINTANG WWE John Cena menawarkan khidmat sebagai pengawal peribadi kepada kumpulan BTS sekiranya mereka berkunjung ke Amerika Syarikat.

Koreaboo melaporkan John memaklumkan mengenai hasratnya itu di Twitter miliknya sebagai respons kepada insiden kumpulan popular itu diserbu peminat ketika tiba di Taiwan baru-baru ini.

Keadaan ketika itu menjadi tidak terkawal apabila peminat mengekori mereka sehingga menyukarkan BTS untuk keluar daripada lapangan terbang.

Menerusi Twit itu, John secara bergurau memberitahu dia sebenarnya sudah lama bergelar pengawal peribadi BTS namun mereka tidak boleh melihatnya.

Pelawaan John itu mendapat perhatian peminat BTS yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY dan menyifatkan peninju profesional itu sebagai peminat setia kumpulan itu.

John sendiri secara terbuka mengakui peminat setia BTS malah sering memuat naik status atau gambar kumpulan itu di laman sosialnya.

John Cena, BTS

Artikel Lain