suria

Selena Gomez terkejut berita pertunangan Justin Bieber

Selena Gomez terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.

PENYANYI Selena Gomez dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya, Justin Bieber dengan Hailey Baldwin pada 7 Julai lalu.

Selena bagaimanapun tidak terkesan dengan berita itu kerana tahu Justin mampu melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

"Selena terkejut hanya kerana pertunangan mereka berlaku secepat itu tetapi sudah dapat menjangkakan Justin akan berbuat demikian tanpa berfikir panjang.

"Dia lebih mengenali Justin berbanding orang lain... Jadi dia tidak berasa hairan dan tidak peduli," kata sumber rapat penyanyi itu seperti dilaporkan E!

Justin mengesahkan berita pertunangannya di Instagram.

Justin, 24, dilaporkan melamar Hailey, 21, ketika mereka sedang bercuti di Bahamas.

Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu Selena tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa sedih walaupun hubungan mereka agak rumit sehingga banyak kali berpisah dan kembali bercinta.

Selena sudah cuba memperbaiki hubungan mereka sebelum ini namun ia tidak berhasil dan dia sudah pun meneruskan kehidupannya.

"Selena berada di tempat yang paling baik sekarang... Fokusnya sekarang adalah dirinya dan cinta tidak lagi menjadi perhatiannya," kata sumber itu lagi.

Artikel Lain