suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber reka cincin tunang Hailey Baldwin

Hailey dan Justin baru sahaja mengikat tali pertunangan.

PENYANYI Justin Bieber turut terlibat dalam proses mereka bentuk cincin pertunangannya bersama model terkenal, Hailey Baldwin.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, syarikat barang kemas Solow & Co Inc telah mendedahkan perkara tersebut.

"Dia membantu kami dengan mereka bentuk cincin tersebut dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

"Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya," kata wakil dari Solow & Co.

Syarikat itu banyak menghasilkan barang kemas untuk Bieber sejak 10 tahun lalu.

Justin dan Hailey baru sahaja mengikat tali pertunangan dan telah membuatkan semua peminat sentiasa ternanti-nanti akan perkembangan seterusnya.

Justin Bieber, Hailey Baldwin

Artikel Sebelum

Artikel Lain