suria

Lapan tahun Won Bin hanya jadi bintang iklan

Sejak lapan tahun lalu, Won Bin lebih banyak memfokuskan kerjayanya sebagai pelakon iklan.

LAPAN tahun tidak bergiat aktif dalam bidang lakonan, aktor Won Bin sebenarnya mempunyai pendapatan lumayan menerusi kerjayanya sebagai pelakon iklan.

Seorang wakil pengiklanan mendedahkan Won Bin menerima bayaran di antara RM20,000 hingga RM1 juta untuk kemunculannya dalam iklan komersial.

Wo Bin yang aktif sebagai pelakon iklan sejak 2010 sudah pun membintangi lebih 40 buah iklan, seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, sumber terdekat pelakon itu memberitahu, bayaran lumayan dalam bidang pengiklanan membuatkan Won Bin tidak kisah sekiranya tiada tawaran lakonan.

Bagaimanapun itu tidak bererti dia sudah meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon sebaliknya masih aktif.

Won Bin

Artikel Lain