suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencipta karakter Spiderman meninggal dunia pada usia 90 tahun

PENCIPTA karakter komik Marvel, Steve Ditko ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya yang terletak di Manhattan pada 29 Jun lalu.

Steve Ditko disahkan meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Steve memulakan kerjayanya pada tahun 60an dengan bekerjasama dengan Stan Lee dan memperkenalkan watak Peter Parker dan Spiderman pada tahun 1962.

Dia kemudian memperkenalkan pula tokoh komik Doctor Strange.

Steve Ditko

Kedua-dua karakter itu menjadi filem blockbuster yang mempunyai pengikut sendiri.

"Keluarga Marvel bersedih atas berita pemergian Steve Ditko. Stave mengubah industri dan Marvel, kami tidak akan melupakan beliau dan warisnya," ujar Presiden Marvel Entertainment, Dan Buckley.

Lelaki tersebut dilahirkan di Johnstown, Pennsylvania, Amerika Serikat pada tahun 1927.

Dia meninggalkan Marvel pada tahun 1966, namun kembali semula pada tahun 1979 dengan karya Squirrel Girl.

Spiderman

Artikel Lain