suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigi Hadid & Zayn Malik didakwa hanya berpura-pura

Gigi menafikan khabar angin mengenai hubungannya dengan Zayn Malik yang dikatakan hanya untuk publisiti.

PASANGAN Gigi Hadid dan Zayn Malik menjadi mangsa kritikan di Instagram apabila ramai mendakwa hubungan cinta mereka adalah palsu.

Menerusi beberapa komen ditinggalkan netizen, mereka menganggap pasangan itu bersama hanya semata-mata untuk mencari publisiti murahan agar kekal relevan dalam kalangan peminat.

Malah ada mendakwa Zayn tidak lagi mengikuti Gigi di Instagram dan ia menguatkan lagi gosip tersebut.

Gigi bagaimanapun tampil membalas komen-komen tersebut, menjelaskan ia adalah fitnah dan hubungannya dengan Zayn adalah benar.

Model terkenal itu turut meminta netizen menghentikan tohmahan terhadap mereka dan dia tidak akan berpura-pura dalam menjalinkan hubungan.

Zayn Malik, Gigi Hadid

Artikel Lain