suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik Menyanyi, G-Dragon Jatuh Pentas

G-Dragon terpaksa menahan kesakitan apabila terjatuh dari pentas ketika asyik membuat persembahan.

KASIHAN dengan G-Dragon, sedang asyik menghiburkan peminat menerusi konsert Act III: Motte Tour yang diadakan di Bangkok baru-baru ini dia terjatuh daripada pentas.

Koreaboo melaporkan ketika kejadian G-Dragon berdiri membelakangi lubang yang berada di tengah-tengah pentas sebelum berundur dan terjatuh.

Sejurus terjatuh petugas di pentas terus berlari bagi membantu G-Dragon naik semula ke pentas sambil peminat menjerit terkejut dengan kejadian itu.

G-Dragon bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius dan meneruskan persembahannya seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, peminat melahirkan kebimbangan terhadap ahli kumpulan Big Bang itu yang kelihatan sangat kurus daripada kebiasaan.

G-Dragon

Artikel Lain