suria

Kanak-Kanak 4 Tahun Hampa Gagal Bertemu Big Bang

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Alice sedang bertanya kepada pengawal keselamatan sama ada Big Bang berada di 'rumah'.

DEMI minat terhadap artis kesayangannya, seorang kanak-kanak perempuan yang baharu sahaja berusia empat tahun sanggup datang ke pejabat YG Entertainment dengan harapan dapat bertemu dengan kumpulan Big Bang.

Ibu saudara kanak-kanak yang dikenali sebagai Alice itu memberitahu mereka sering melalui kawasan itu dan anak saudaranya menyangka pejabat itu adalah rumah Big Bang.

Dia meminta untuk singgah ke 'rumah' tersebut dengan harapan dapat bertemu dengan anggota kumpulan Big Bang.

Big Bang.

Wanita itu turut merakamkan aksi Alice yang berjumpa dengan pengawal keselamatan untuk bertanya sama ada Big Bang berada di situ mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun kanak-kanak itu kelihatan hampa dan mendapatkan ibunya apabila diberitahu Big Bang tiada di 'rumah'.

"Mak, Big Bang tiada di situ," katanya sambil berjalan mendapatkan ibunya yang menunggu diluar. - KOREABOO

Big Bang, YG Entertainment

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain