suria

Mesej Meruntun Jiwa Buat Janet Jackson

Janet Jackson dan Wissam Al Mana berpisah selepas hanya lima tahun berkahwin.

NAMPAKNYA jutawan Qatar, Wissam Al Mana masih mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap isterinya, penyanyi Janet Jackson.

Seminggu selepas berita perpisahan pasangan itu tersebar, Wissam berkongsi mesej meruntun jiwa menerusi laman web rasminya yang didedikasikan kepada Janet.

"Kepada wanita tercantik di dunia, terima kasih atas cinta suci, sokongan yang tidak berbelah bahagi dan menjadi kawa baik saya.

"Saya cintakan awak, Insya-Allah kita akan bersama di sana untuk selamanya," tulisnya yang berkahwin dengan Janet pada 2012.

Wissam turut memuat naik gambar hitam-putih Janet sebagai latarbelakang mesej itu.

Janet dan Wissan berpisah selepas tiga bulan penyanyi terkenal itu melahirkan anak pertama mereka, Eissa Al Mana.

Menguatkan lagi berita perpisahan itu, beberapa pekerja dilihat memindahkan barang-barang milik Janet daripada rumah mereka yang terletak di London.

Janet baru-baru ini memuat naik gambarnya bersama Eissa buat pertama kali untuk tatapan peminat.

Artikel Lain