suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lana Del Ray & G-Eazy Digosipkan Bercinta

Hubungan Lara Del Ray dan penyanyi rap G-Eazy dilaporkan intim.

NAMPAKNYA penyanyi Lana Del Rey sudah menemui pengganti selepas hubungannya dengan seorang jurugambar iaitu Francesco Carrozzini berakhir pada 2015.

Daily Mail melaporkan penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat rapat dengan penyanyi rap G-Eazy.

Malah kedua-dua mereka dikatakan mesra seperti pasangan kekasih ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.

"Mereka sangat mesra pada konsert itu dan kelihatan bercium dan berpelukan sepanjang masa.

"Malah ketika menyaksikan persembahan penyanyi Kendrick Lamar G-Eazy lebih memberi tumpuan kepada Lana berbanding persembahan yang sedang berlangsung," kata sumber.

Sebelum ini, Lana mengambil keputusan meninggalkan Francesco yang didakwa tidak bersedia untuk berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Lana Del Ray, G-Eazy

Artikel Lain