suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Honey Lee Batal Konsert 30 Minit Sebelum Acara Berlangsung

Honey Lee membatalkan konsertnya pada saat akhir namun meminta maaf kepada peminatnya.

PELAKON dan penyanyi Honey Lee membatalkan persembahan 30 minit sebelum konsert berlangsung membuatkan peminat yang sudah berada di lokasi berang dengan berita tersebut.

Soompi melaporkan Honey turut mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya dan menjelaskan sebab sebenar konsert itu dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran pihak berwajib.

"Saya minta maaf. Konsert terpaksa dibatalkan kerana terdapat masalah dengan pihak berwajib dan kami hanya diberitahu tidak dapat meneruskan persembahan 30 minit sebelum acara bermula.

"Saya kesal dengan kejadian yang berlaku dan meminta maaf sekali lagi kepada semua yang bersusah payah hadir pada konsert itu," katanya.

Honey Lee

Artikel Lain