suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ed Sheeran Disaman RM80 Juta Kerana 'Photograph'

Ed Sheeran disaman sebanyak USD20 juta (RM80 juta) selepas didakwa menciplak lagu nyanyiannya, Photograph.

PEMENANG Anugerah Grammy, Ed Sheeran telah disaman sebanyak USD20 juta (RM80 juta) oleh penulis komposer Martin Harrington dan Thomas Leonard berhubung lagu popularnya, Photograph.

Harrington dan Leonard bersama syarikat rakaman mereka HaloSongs mendakwa penyanyi dan komposer berusia 25 tahun itu menciplak lagu mereka berjudul Amazing yang dilancarkan pada 2009.

Lagu berkenaan dinyanyikan oleh pemenang program The X Factor 2010, Matt Cardle.

Saman berkenaan difailkan oleh peguam Richard Busch yang mewakili Harrington dan Leornard di Mahkamah Persekutuan, Los Angeles.

Menurut dokumen mahkamah, persamaan yang terdapat kepada kedua-dua lagu tersebut jelas melanggar isu hakcipta.

"Persamaan itu terhadap pada lirik, persembahan vokal, melodi dan pelbagai aspek lain yang jelas Photograph nyanyian Ed Sheeran telah menciplak lagu terbitan anak guam kami," katanya. - People

Ed sheeran, Photograph

Artikel Lain