suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'The Shield' Dipenjara 40 Tahun Bunuh Isteri

Michael Jace dihukum penjara selama 40 tahun selepas didapati bersalah membunuh isterinya, April Jace pada Mei dua tahun lalu.

PELAKON Michael Jace yang popular menerusi lakonannya sebagai pegawai polis dalam drama bersiri The Shield dihukum penjara selama 40 tahun selepas didapati bersalah membunuh isterinya pada Mei, dua tahun lalu.

Daily Mail melaporkan Michael, 53, membunuh isterinya April Jace dihadapan dua anak mereka selepas berang dengan tindakan wanita berkenaan yang mahu bercerai dengannya.

"Tiada alasan yang baik untuk menjelaskan tentang tindakan saya.

"Saya benar-benar minta maaf atas apa yang telah saya lakukan dan sekaligus memberi kesan bukan sahaja kepada anak-anak tetapi keluarga," katanya dalam keadaan sebak selepas hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Bagaimanapun kata Michael, dia tidak mempunyai niat untuk membunuh isterinya namun tetap kesal dengan kejadian itu.

Michael Jace, The Shield

Artikel Lain