suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam Smith Dilarang Menyanyi, Bercakap

Sam Smith terpaksa membatalkan konsert jelajahnya kerana mengalami masalah pada kotak suaranya.
DOKTOR melarang penyanyi Sam Smith daripada menyanyi dan bercakap dalam usaha mengelakkan kotak suaranya menerima tekanan akibat mengalami kerosakan baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, Sam, 22, terpaksa membatalkan konsert jelajahnya di Australia selepas doktor mengarahkannya supaya tidak menyanyi secara langsung.

Akibat daripada kejadian itu, Sam terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan kod suaranya di Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini.

Sama menerusi akaun Instagram miliknya memohon maaf kepada peminat yang sudah membeli tiket dan berjanji akan mengatur semula jadual konsert jelajahnya selepas pembedahan selesai.

"Saya amat kesal terpaksa membatalkan semua konsert tetapi ia demi kebaikkan untuk jangka panjang.

"Doakan pembedahan itu nanti akan berjalan lancar dan saya dapat kembali ke pentas untuk menghiburkan anda semua," katanya.

Sementara itu, Sam mengakui tertekan dan ia mula memberi kesan kepada kesihatannya apabila badannya mengalami kegatalan.

"Badan saya mengalami kegatalan akibat tekanan dan ia meresahkan saya.

"Jujurnya saya sendiri tidak tahu mengapa saya tertekan tetapi berkemungkinan akibat tekanan kerja dan masalah kotak suara yang saya alami," katanya.
Sam Smith.

Artikel Lain