suria

Lindsay Lohan Langgar Perintah Mahkamah

Lindsay gagal melangsaikan perintah khidmat masyarakat yang dikenakan terhadapnya akibat kesalahan memandu secara berbahaya.
PELAKON Lindsay Lohan didakwa gagal melaksanakan perintah menjalani aktiviti khidmat masyarakat yang dikeluarkan Mahkamah Los Angeles awal tahun ini.

Bintang filem Mean Girls itu didakwa hanya berjaya melengkapkan 20 jam daripada 125 jam yang dikenakan terhadapnya sejak Februari lalu.

Akibat kegagalan itu, sebuah organisasi khidmat masyarakat telah membuat laporan terhadap pelakon itu dan meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Bagaimanapun, Lindsay kini berada di London dan sukar bagi pihak berkuasa untuk menahannya atas kesalahan yang disabitkan iaitu memandu secara berbahaya dianggap tidak serius.

Lindsay pada Isnin lalu menerusi Instagram memuat naik gambar dikelilingi fail mendakwa dia sedang melakukan khidmat masyarakat.
Lindsay Lohan.

Artikel Lain