suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Salman Khan & Shah Rukh Khan Semakin Pulih

Hubungan Salman Khan (kiri) dan Shah Rukh Khan sudah sekian lama dingin.
HUBUNGAN pelakon Bollywood Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang selama ini dingin dikhabarkan semakin pulih sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Khabar angin terbaharu tersebar apabila Salman dikatakan telah menjemput Raja Bollywood itu ke pesta perkahwinan adiknya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Indian Express, khabar tersebut benar kerana majlis perkahwinan itu akan dibuat secara besar-besaran dengan menjemput beberapa orang kenamaan termasuklah Shah Rukh Khan.

"Tetamu undangan terdiri daripada aktor, ahli politik, atlet dan ahli perniagaan terkenal.  Selain itu, Salman Khan juga mengirimkan undangan kepada Shah Rukh Khan," ujar sumber terdekat keluarga itu.

Majlis perkahwinan adik Salman, Arpita Khan akan berlangsung pada 18 November ini di Istana Royal Falaknuma, Hyderabad.
Salman Khan, Shah Rukh Khan

Artikel Lain