suria

Pelakon Veteran Meryl Streep & Penyanyi Popular Stevie Wonder Terima Anugerah Presiden

Stevie Wonder...salah seorang penerima anugerah sivil tertinggi Amerika.

WASHINGTON: Pemenang Anugerah Akademi, Meryl Streep dan pencipta lagu serta penyanyi buta, Stevie Wonder adalah di kalangan 19 orang yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai penerima anugerah sivil tertinggi negara itu bagi tahun ini.

Anugerah tersebut dikenali sebagai 'Presidential Medal of Freedom' yang diberikan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan bakti untuk negara menerusi pelbagai bidang dan cara.

Lain-lain penerima bagi tahun ini ialah komposer Stephen Sondheim, penulis Isabel Allende, wartawan terkenal Amerika, Tom Brokaw, ekonomis Robert Solow dan koreografer mendiang Alvin Ailey.

Majlis anugerah itu dijadualkan berlangsung pada 24 November ini di White House dan akan disampaikan oleh presiden sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain