suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain Terpegun Kecantikan Aktres China, Liu Yifei

Rain (kiri) dan Liu Yifei. FOTO: koreaboo.com
AKTOR kegilaan peminat Kpop iaitu Rain meluahkan perasaan terpegun sehingga menyebabkan dia terlupa dialog ketika melihat kecantikan pelakon pembantu Roots of Dew, iaitu Liu Yifei.

Ketika preview filem berkenaan di Beijing, China pada 7 November lalu, Rain berkata semasa pertama kali bertemu Liu Yifei (juga dikenali sebagai Crystal Liu), fikirannya bingung melihat wajah wanita itu.

“Saya benar-benar menggelabah pertama kali bertentang mata dengannya menyebabkan saya mengambil masa agak lama untuk menghafal dialog dalam bahasa Cina selepas melihat wajah Liu Yifei,” ujar Rain dalam sidang media ketika pra tonton itu.

Dalam pada itu Rain menambah, bagaimanapun dia berjaya menghabiskan penggambaran pada hari pertama mengikut jadual.

Filem lakonan Rain dengan actress dari China itu akan ditayangkan di seluruh negara berkeanan bermula 11 November ini.
Rain, Liu Yifei

Artikel Lain