suria

Kim So Hyun Terima Trofi Pelakon Lelaki Terbaik

Kim So Hyun.

PELAKON drama bersiri Man From The Stars iaitu Kim So Hyun menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Drama Tokyo yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada Jumaat lalu.

Soompi melaporkan So Hyun buat pertama kali memenangi trofi berkenaan selepas kemunculannya dalam drama bersiri tersebut berjaya memikat hati juri yang mengadilinya.

Hadiah disampaikan oleh Moon Bo Mi dan So Hyun dalam satu wawancara mengakui terkejut dengan kemenangannya itu dan berterima kasih kepada sokongan peminat kepadanya.

Selain Pelakon Lelaki Terbaik, Man From The Stars turut membawa pulang dua lagi trofi termasuk Produksi Antarabangsa Terbaik.

Man From The Stars sebelum ini turut mendapat penghargaan di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul menerusi kategori Anugerah Drama Korea Cemerlang.

Kim So Hyun.

Artikel Lain