suria

Virus Ebola Punca Ariana Grande Batalkan Persembahan

Ariana Grande

PENYANYI remaja Ariana Grande dilaporkan tidak hadir pada acara amal yang dijadualkan bagi membantu pendidikan golongan tidak berkemampuan di New York, Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Seperti dilaporkan oleh New York Daily News, Ariana memberi alasan tidak mahu terdedah dengan virus Ebola.

Terdahulu, penganjur aktiviti amal tersebut telah mengumumkan bahawa penyanyi itu bakal menyanyikan beberapa buat lagu bagi menghiburkan tetamu pada acara tersebut.

Berita baharu yang melaporkan bahawa seorang doktor dijangkiti virus tersebut membuatkan penyanyi remaja itu dikatakan membatalkan agendanya.

Namun, disebabkan berita terbaru mengenai seorang doktor di New York yang terkena virus Ebola, Ariana diduga langsung membatalkan agendanya tersebut untuk pergi ke New York tanpa adanya pemberitahuan terlebih dahulu.

“Semua orang menunggu kedatangan Ariana. Dia adalah tetamu istimewa yang bakal menghiburkan pengunjung.

"Selepas itu, penganjur memberi tahu bahawa penyanyi itu tidak datang kerana takut terdedah dengan virus bahaya itu," kata sumber.

Namun hingga kini, Ariana mahupun pengurusannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu.

Ariana Grande.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain