suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trauma Akibat Kemalangan 3 Ahli Ladies Code Jalani Terapi Psikologi

Kumpulan Ladies Code.

TIGA ahli kumpulan Ladies Code iaitu Ashley, Sojung dan Zuny dilaporkan menjalani terapi di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan selepas trauma dengan kemalangan yang menimpa mereka pada September lalu.

Soompi bagaimanapun melaporkan ketiga-tiga wanita berkenaan semakin pulih daripada kecederaan dialami mereka namun masih kelihatan murung selepas kejadian itu meragut dua rakan baik mereka, EunB dan Rise.

"Keadaan ketiga-tiga mereka pada ketika ini sangat baik dan proses pemulihan itu berlaku dengan pantas.

"Bagaimanapun emosi mereka masih lagi terganggu akibat kejadian itu dan mereka akan menjalani rawatan terapi psikologi selepas ini," kata jurucakap syarikat pengurusan mereka.

Ladies Code, EunB, Rise.

Artikel Lain