Soompi melaporkan album berkenaan berjaya menduduki tangga pertama carta jualan album di Jepun pada minggu pertama ia dipasarkan dan membuktikan populariti Min Ho sangat besar di negara matahari terbit itu.
Song For You adalah album kedua pelakon drama bersiri Boys Over Flower itu dan sebelum ini pernah berjaya dengan album pertamanya, My Everything.
Menerusi album berkenaan, Min Ho tampil dengan lima buah lagu baharu iaitu Paradise in Love, Stalker, Travel, Burning Up dan Song For You.
Berikutan kejayaan cemerlang album berkenaan Min Ho turut mengadakan persembahan istimewa untuk peminatnya di Jepun pada 12 dan 13 Oktober lalu.


