suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minah (Girl's Day) Putus Cinta Dengan Bintang Bola Sepak

Cinta Minah dan Heung Min terputus selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan.

PADA Julai lalu, salah seoang anggota Girl's Day iaitu Minah mengumumkan dia sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Korea Selatan, Son Heung Min.

Bagaimanapun, menurut laporan Ilgan Sports, syarikat pengurusan Girl's Day, DreamT Entertainment dalam satu sebuah kenyataan memberitahu, hubungan pasangan itu terkandas gara-gara mereka jarang bertemu.

"Kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan menerima terlalu banyak perhatian daripada orang luar. Bagaimanapun saya tetap akan menyokong dia (Heung Min) kerana saya adalah seorang peminat bola sepak tegar.

"Semoga dia memberikan yang terbaik dalam perlawanan bola yang disertainya," kata Minah menerusi kenyataan media itu.

Minah kini sibuk dengan persembahan-persembahan jelajah di Korea bersama kumpulannya itu. 

Minah, Girl's Day, Son Heung Min

Artikel Lain