suria

Penerbit Muzik Disaman Atas Tuduhan Dera Kesha Secara Seksual

Kesha memfailkan saman terhadap individu yang bertanggungjawab menaikkan namanya dalam bidang muzik di mahkamah.

LOS ANGELES: Penyanyi Kesha pada Selasa lalu memfailkan saman terhadap penerbit muzik, Dr Luke atas dakwaan menderanya secara seksual dan emosi sejak dia berusia 18 tahun selain mengugut untuk memusnahkan karier nyanyiannya, dedahTMZ.

Terkenal dengan lagu-lagu sepertiTik Tok dan We R Who We R, Kesha, 27, mendakwa Dr Luke atau nama sebenarnya Lukasz Gottwald, 41, turut memaksanya menggunakan dadah dan alkohol supaya dapat mengadakan hubungan seks dengannya dalam keadaan dia separuh sedar.

Dr Luke adalah individu bertanggungjawab memperkenalkan Kesha dalam bidang nyanyian dan penyanyi itu turut bernaung di bawah label milik lelaki itu, Kemosabe Records.

Penyanyi itu turut mendedahkan dalam dokumen kepada mahkamah, dia pernah terjaga daripada tidur dalam keadaan bogel selepas Dr Luke memaksanya menelan sejumlah pil.

Kesha (kanan) menjalinkan kerjasama dengan Dr Luke sejak dia berusia 18 tahun.

Malah dia turut mendakwa, lelaki itu sering menghina tentang berat badannya sehingga dia mengalami gangguan pemakanan dan menyalahkan Dr Luke atas masalah itu.

Dalam pada itu, Kesha mendakwa, Dr Luke menghalang dia daripada berjumpa keluarganya dan mengugut untuk merosakkan kerjayanya jika perbuatan itu diketahui orang lain.

Sementara itu, Dr Luke dalam respons terhadap tuduhan Kesha mendakwa penyanyi itu sengaja memburuk-burukkan namanya semata-mata untuk menamatkan kontrak yang ditanda tangani.

Kesha, Dr. Luke.

Artikel Berikut

Artikel Lain