suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Hyun Joong Sertai Latihan Tentera

Kim Hyun Joong bakal sertai latihan ketenteraan.

PELAKON dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Hyun Joong dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun pada Mac 2015.

Korea Herald melaporkan, keputusan itu dibuat selepas namanya tercalar ekoran tuduhan dia memukul bekas kekasihnya sehingga ia menjadi kes polis.

Sumber memberitahu, Hyun Joong sedang dalam proses merombak jadual dan kontrak supaya dia dapat menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada setiap lelaki berusia 18 tahun ke atas di negara itu.

Nama Hyun Joong sepatutnya menyertai latihan tersebut pada 7 Oktober lalu tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana dia sedang dalam siri konsert jelajah yang hanya berakhir pada November ini.

Kim Hyun Joong.

Artikel Lain