suria

Zach Efron Temui Pengganti Michelle Rodriguez

Zac Efron

SELEPAS dua bulan mengakhiri kisah cinta dengan pelakon Michelle Rodriguez, aktor Zac Efron sudah ada pengganti baru.

Berdasarkan paparan foto daripada portal Dailymail, Zac dilihat tiba di bandar Copenhagen dari Los Angeles pada Ahad lalu bersama seorang wanita cantik.

Zac ketika itu segera menuju ke kereta dengan wanita yang tidak dikenali identitinya itu.

Zac bersama wanita misteri ketika tiba di Copenhagen.

Difahamkan Zac sengaja berniat enggan mendedahkan perjalanan 'rahsianya' itu di media sosial, tidak seperti sebelum ini, dia sering berkongsi lokasi-lokasi yang dituju.

Sehingga kini, Zac masih lagi belum membuat sebarang penjelasan mengenai wanita tersebut.

Terdahulu, hubungan Zac dan Michelle menjadi bualan umum selepas mereka dilihat bermesaraan di beberapa buah lokasi. Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, hubungan yang dijalinkan itu sudah putus.
Zac Efron

Artikel Berikut

Artikel Lain