suria

Lee Joon Tinggalkan MBLAQ Serta-Merta

Lee Joon ingin fokus di bidang lakonan berbanding muzik.

SALAH seorang anggota MBLAQ iaitu Lee Joon telah menamatkan kontrak serta merta dengan syarikat pengurusan J. Tune Cam untuk keluar daripada kumpulan itu.

Menurut laporan portal Star News, Joon membuat keputusan tersebut kerana ingin memberi fokus terhadap karier lakonannya.

Bagaimanapun, Lee Joon akan membuat persembahannya yang terakhir menerusi konsert MBLAQ Curtain Call di dewan Seoul Olympic pada November depan.

Lee Joon mula menyertai MBLAQ, yang ditubuhkan oleh penyanyi Rain pada tahun 2009 dan merupakan ahli kumpulan yang paling menonjol.

Kemudian Lee Joon terlibat pula di bidang lakonan dengan membintangi pelbagai drama dan filem yang antaranya seperti Gapdong, Rough Play dan Ninja Assaasin.

Lee Joon, MBLAQ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain