Jo In Sung Tinggalkan Kekasih Demi Gong Hyo Jin - Bintang Global | mStar

Jo In Sung Tinggalkan Kekasih Demi Gong Hyo Jin

Hyo Jin dan In Sung bergandingan dalam drama bersiri terbaharu berjudul It's Okay That's Love.

BEBERAPA hari lalu industri hiburan di Korea Selatan dikejutkan dengan berita perpisahan aktres Gong Hyo Jin dengan teman lelakinya Lee Jin Wook yang baharu sahaja menjalinkan hubungan selama empat bulan.

Manakala aktor Jo In Sung yang sedang berlakon disamping Hyo Jin dalam drama bersiri It's Okay That's Love turut mengumumkan berpisah dengan kekasihnya Kim Min Hee beberapa kemudian.

Gosip mula tersebar bahawa kedua-dua pelakon itu bermain cinta di lokasi drama tersebut sehingga hubungan itu dapat dihidu oleh pasangan masing-masing sehingga terjadinya perpisahan.

Bagaimanapun wakil In Sung segera menafikan perkara itu dan memberitahu gandingan pelakon itu dengan Hyo Jin bukan penyebab kepada perpisahan tersebut.

"Mereka berpisah secara baik dan tetap akan menyokong kerjaya di antara satu sama lain dan Hyo Jin bukan penyebab kepada perkara itu," kata wakil In Sung menurut laporan portal Soompi.

Manakala pihak pengurusan Hyo Jin pula memberitahu, perpisahan artis wanita itu dengan teman lelakinya adalah disebabkan pertembungan jadual menjadi penyebab mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Jo In Sung , Gong Hyo Jin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain