suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

George Clooney & Amal Alamuddin Kahwin Di Itali

Amal dan George berkahwin pada Sabtu lalu di Itali.
SELEPAS sekian lama menunggu, akhirnya pelakon George Clooney dan teman wanitanya Amal Alamuddin bersatu sebagai suami-isteri dalam satu majlis tertutup pada Sabtu lalu.

Daily Mail
melaporkan pasangan ini berkahwin di Venezia, Itali dalam suasana sederhana dan romantik yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Beberapa bintang terkenal seperti Cindy Crawford, Matt Damon, Emily Blunt, Bill Murray dan Luciana Barroso turut dilihat menghadiri hari bersejarah George itu.

Lokasi perkahwinan yang diadakan di Hotel Aman Canal Grande itu dihiasi dengan bunga berwarna putih termasuk mawar dan lili selain ratusan lilin menaikkan suasana romantik.

Pasangan tersebut dilaporkan tiba di Venezia sehari sebelum perkahwinan itu dan mereka merancang untuk tinggal beberapa hari di Itali untuk berbulan madu termasuk menginap di rumah persinggahan milik George.
George Clooney, Amal Alamuddin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain