suria

Sofia Vergara Sedang Mabuk Cinta

Sofia Vergara dan Joe Manganiello.

PELAKON Sofia Vergara mendedahkan dia kini sedang mabuk cinta dengan kekasih baharunya, Joe Manganiello.

Menurut laporan Contactmusic, Sofia dan Joe menjalinkan hubungan cinta selama tiga bulan dan bersyukur kerana memiliki seorang kekasih yang sangat memahaminya.

"Dia (Joe) benar-benar seksi, baik, suka berlawak dan selalu berusaha mahu menghiburkan saya.

"Itu membuatkan saya sayang dia kerana saya memerlukan lelaki  faham dengan cara saya yang sentiasa mahu bergembira," kata Sofia menerusi program bual bicaraLive! With Kelly And Michael.

Tambahnya, hubungan yang dijalinkan itu membuatkan dia dan Joe begitu bahagia.

Sofia Vergara, Joe Manganiello

Artikel Lain