suria

Kristen Stewart & Nicholas Hoult Semakin Intim

Kristen Stewart

SEJAK beberapa bulan lalu, nama Kristen Stewart dan Nicholas Hoult menjadi bualan ramai apabila mereka dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, pasangan itu menafikannya selepas gosip itu tersebar.

Nicholas Hoult

Terbaharu, menurut laporan Contactmusic, Kristen dan Nicholas dilihat semakin mesra dan intim selain dikatakan sering bersama kemana-mana sahaja bersama.

"Tidak kira di mana-mana, mahupun di lokasi penggambaran, mereka seperti belangkas.

"Lebih jelas, jika sebelum ini Kristen sering ditemani rakan karibnya ketika menjalani penggambaran, kini Nicholas pula yang menemaninya. Tidak hairanlah jika mereka benar-benar sedang dilamun cinta," kata sumber.
Kristen Stewart, Nicholas Hoult

Artikel Lain