suria

“Buat apa nak saman Jawi, mengaku sajalah” – Puteri Sarah desak Syamsul akui kahwin lagi

Puteri Sarah minta Syamsul berterus terang.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambil Syamsul Yusof terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Puteri Sarah, 37, sebaliknya menuntut agar Syamsul menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlegar-legar tentang dirinya bagi mengelak sebarang kemusykilan.

"Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman untuk apa?

"Benda baik itu umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri," katanya.

WhatsApp Image 2022-12-22 at 10.03.01 PM

Kemelut melibatkan mereka bertiga masih belum menemui titik noktah.

Sarah mengulas mengenai perkara itu di IG Story miliknya yang turut memuat naik paparan kenyataan Syamsul kepada mStar.

Terdahulu Syamsul memberitahu dia mahu mengemukakan saman terhadap Jawi berjumlah RM10 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mahu saman Jawi RM10 juta, dakwa maklumat peribadi terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah sanggah gila harta Syamsul Yusof, ibu mentua pula kenang nasib cucu - "Ada tangan kejam memisahkan mereka"

Tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi mengenai dirinya yang dianggap sebagai satu fitnah.

Syamsul mendakwa Jawi telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

"Ya ia fitnah. Terima kasih," katanya.

Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Sebelum ini tersebar luas mengenai berita kononnya Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Berdasarkan kepada kenyataan Syamsul itu, Sarah membuat andaian bahawa cerita (Syamsul kahwin lain) tersebut adalah benar.

"Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.

"Sudah tiba masa mengaku segalanya," jelasnya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain