suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Time Lepas Keseluruhan Pegangan Dalam Digi

KUALA LUMPUR: Time Dotcom Bhd melepaskan keseluruhan pegangannya melibatkan 68,729,545 saham dalam DiGi pada RM307.2 juta secara tunai.

Dalam makluman kapada Bursa Malaysia, Time berkata proses berkenaan yang dilaksanakan melalui tawaran persendirian, mewakili kira-kira 0.9 peratus daripada modal terbitan dan berbayar DiGi.

Penjualan berkenaan akan membolehkan Time meraih nilai saksama daripada akaun ekuiti rizab sedia untuk dijual kepada keuntungan dan kerugian sebanyak RM157.4 juta, katanya.

Menurut Time, hasil berkenaan akan digunakan untuk modal kerja. 

Dagangan saham Time dihentikan pada pukul 9 pagi selama sejam.

Pada pukul 3 petang, saham Time naik 13 sen kepada RM7.27 dengan 124,000 saham bertukar tangan.

Artikel Lain