suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CIMB-Prinsipal Sasar 9 Peratus Pulangan Untuk Dana Baharu

KUALA LUMPUR: CIMB-Principal Asset Management Bhd hari ini mengumumkan Dana Pertumbuhan Dinamik Asia Pasifik CIMB-Principal yang baru dilancar, menyasarkan pulangan sembilan peratus dalam jangka sederhana hingga panjang.

Dalam satu kenyataan, CIMB-Principal berkata, dana baharu itu akan melabur dalam syarikat dengan potensi pertumbuhan melebihi purata berbanding rakan industri atau pasaran keseluruhan di kawasan Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Munirah Khairuddin berkata, ekuiti di rantau ini telah cukup matang dan ia menawarkan peluang besar berikutan pertambahan penduduk dan kadar urbanisasi yang tinggi.

"Di bawah keadaan pasaran biasa, kami akan melabur dalam ekuiti, manakala dalam keadaan pasaran yang lembab, dana itu akan melabur semua atau sebahagian besar aset dalam instrumen hutang, instrumen pasaran wang dan/atau deposit untuk mencapai objektif pelaburan.

"Kami percaya dana itu akan membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada potensi ekonomi yang baik di rantau ini dan kami menjangka langganan RM500 juta dana berkenaan menjelang akhir tahun ini," tambahnya.

Dana itu ditubuhkan sebagai sebagai dana terbuka dengan kelas saham pelbagai mata wang dan ia ditawarkan di Malaysia untuk langganan dengan pelaburan awal minimum masing-masing RM1,000, SG$1,000, AS$1,000 atau AU$1,000.-- Bernama

Artikel Lain