suria

Plenitude Labur RM50 Juta Ubahsuai, Naik Taraf Oakwood Hotel and Residence KL

Elsie Chua

KUALA LUMPUR: Plenitude Bhd telah melabur sebanyak RM50 juta untuk mengubahsuai dan menaiktaraf Hotel Oakwood  and  Residences Kuala Lumpur, yang sebelum ini dikenali sebagai Hotel Nomad Sucasa All Suites.

Hotel Oakwood  and  Residence Kuala Lumpur merupakan projek pembangunan  bercampur yang mengandungi dua menara yang dibahagi kepada 198 unit pangsauri korporat Sucasa dan 252 unit Hotel Nomad Sucasa All Suites, kedua-duanya telah beroperasi sejak awal 1990-an.

Pengerusi Eksekutif Plenitude Bhd, Elsie Chua berkata hartanah tersebut telah ditutup dengan rasminya pada Julai 2015 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan sebaik sahaja selesai, ia akan diuruskan oleh Oakwood Asia Pacific Ltd, katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, di sini, Isnin.

Dengan pembukaan Hotel Oakwood  and  Residences Kuala Lumpur pada September 2016, Plenitude akan memiliki enam buah hotel dengan jumlah inventori 1,200 bilik, kata Chua.

Katanya, sasaran kadar penginapan bagi hotel itu adalah 70 peratus.

Hotel-hotel di bawah Plenitude pada ketika ini termasuk Novotel Kuala Lumpur City Centre, The Nomad Serviced Residents Bangsar, Four Points Sheraton Pulau Pinang, Hotel Gurney Resort  and  Residences serta Glow Pulau Pinang.

"Perjanjian itu juga menandakan hartanah pertama Oakwood di Malaysia," kata Chua. 

Di peringkat antarabangsa, Oakwood memiliki empat jenama iaitu Oakwood Premier, Oakwood Studios, Oakwood Residence Sukhumvit dan Oakwood Apartments.--Bernama

Artikel Lain